Teknik ini digunakan bagi memikat pelanggan dengan memberi mereka peluang mencuba dahulu produk ataupun perkhidmatan.
CONTOH 1 Kedai PET
menjual binatang kesayangan seperti kucing,arnab dan anjing kepada kanak-kanak dalam keadaan ibu bapa mereka tidak membenarkannya.Kebanyakan ibu bapa tidak mahu membela binatang kesayangan kerana bimbang akan mengotorkan rumah dan mengundang berbagai-bagai kerumitan lain.Apabila ibu bapa bersama anak mereka berkunjung ke kedai itu,pekedai boleh menunjukkan beberapa ekor anak kucing atau apa sahaja binatang yang disukai.Sebaik sahaja kanak-kanak itu menyukai mana-mana bianatang kesayangan,pekedai pun boleh menawarkan,’’APA KATA ENCIK BAWA BALIK ANAK KUCING INI DAHULU.SEKIRANYA ENCIK TIDAK SUKA,ENCIK BOLEH PULANGKAN MINGGU DEPAN.WANG ENCIK AKAN DIKEMBALIKAN.’’
Dengan hati yang berat,ibu bapa pun bersetuju membayar harga anak kucing itu dan membawanya pulang.Jauh disudut hati,mereka berharap dalam beberapa hari sahaja anak mereka hilang minat dengan anak kucing itu tetapi ibu bapa pula yang jatuh sayang kepada anak kucing itu.Agak-agak anak kucing tu akan dipulangkan tak???hehehe
CONTOH 2 Mesin Fotokopi
Pihak syarikat boleh menyuruh jurujual berkunjung ke premis-premis perniagaan dan menawarkan untuk meletak kan mesin fotostat bagi percubaan selama sebulan secara percuma.Selepas tamat tempoh percubaan itu,sekiranya pemilik premis perniagaan itu tidak sukakan mesin fotostat itu,jurujual akan mengambilnya semula.Sebaliknya jika mereka suka,pihak syarikat boleh menyewakan mesin fotostat itu kepada syarikat dengan kontak sewa jangka panjang pada kadar sewa yang berpatutan.Anda boleh menyediakan perkhidmatan servis serta pelbagai ciri dan manfaat menarik yang tidak pernah ditawarkan kepada syarikat lain
Apabila berakhirnya tempoh percubaan sebulan,kerana telah selesa dan senorok menggunakan mesin tersebut,kakitangan syarikat yang mencuba mesin itu berlumba-lumba meminta pihak syarikat supaya terus menyewa mesin Photostat tersebut
Anda perlu tahu bahawa pelanggan memang sangsi pada sebarang produk ataupun perkhidmatan yang baru masuk ke pasaran.Pada masa yang sama,mereka juga merupakan makluk yang mudah rasa selesa.apabila mereka mencuba sesuatu yang baru dan menyukainya serta selesa dengan nya,mereka merasa lebih mudah supaya terus memakainya.
Apabila kita menawarkan produk atau perkhidmatan yang baik dan memuaskan hati pelanggan,beri peluang mereka mencubanya.Berikan tempoh tertentu sebagai masa percubaan secara percuma.Dengan teknik ini,kita lebih mudah menjualnya daripada yang kita jangkakan
CONTOH 3 Stor
Bagaimana nak dapatkan income daripada penyewaan stor?????Saya bagi anda idea.Ramai orang mempunyai almari dan cabinet yang penuh,sama ada dirumah atau di garaj mereka.Barang-barang yang tidak digunakan selalu menyepahkan rumah mereka.Anda bagi kemudahan kepada mereka menyimpan barangan mereka yang tidak digunakan kedalam stor anda secara percuma selama 30hari.Setelah meletakkan barangan mereka,rumah mereka bersih dan tidak berselerak lagi.Selepas tamat tempoh percubaan 30 hari dan sekiranya mereka tidak berpuas hari,mereka boleh memindahkan semula semua barangan itu dari unit stork e rumah mereka.Agak-agak anda,apa yang akan berlaku selepas tamat tempoh 30hari tersebut???nak ke rumah kembali berselerak????
Ini semua adalah hanya contoh,anda boleh aplikasi kan kepada kesesuaian produk anda.Nanti kan TEKNIK CLOSING saya yang seterusnya…..KLIK LIKE PADA wall FACEBOK saya seterusnya untuk mendapatkan teknik yang seterusnya…
add saya di FACEBOOK/Richbucks resources